Pages - Menu

Wednesday, November 24, 2010

~Blog Sekarang~

                   

Bismillah..
Pada saat dan detik ini,
tiba2 saya teringin untuk menulis tentang blog2 zaman sekarang..
(mungkin apa yang saya tulis ini boleh memberi banyak kesedaran dan peringatan kepada bloggers2 sekalian..
cuba terima dengan hati yang terbuka ..)


Kalau kita lihat blog2 zaman sekarang , kita boleh dapati banyak blog yang tiada faedah langsung kepada dirinya sendiri kecuali keseronokan di dunia ..
blog yang saya maksudkan di sini bukanlah blog yang digunakan untuk mencari pendapatan ..
itu sama sekali tidak salah kerana pada zaman moden ini pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mendapatkan wang melalui internet asalkan dengan cara yang halal..
Apa yang saya maksudkan di sini ialah ramai orang yang membuat blog hanya untuk menceritakan tentang dirinya sahaja (minta maaf kepada yang terasa) , itu tidak salah tetapi ,,,
*saya ingin anda memikirkan tentang masa hadapan ..
adakah blog anda berguna untuk anda selepas anda meninggal dunia nanti.
Kita sendiri pun sudah tahu ..
hanya tiga perkara yang akan bermanfaat selepas meninggal dunia

1-sedekah jariah

2-anak soleh dan solehah yang mendoakan kedua ibu bapanya..

3- Ilmu yang bermanfaat.
cuba anda fikirkan

Jadi,sebagai kesimpulan,
cubalah anda letak post2 tentang,ilmu islam atau hal semasa yang boleh membantu anda selepas meninggal dunia nanti ..di samping membuat post tentang kisah hidup anda dan sebagainya
bukankah itu lebih bagus??

=)