Pages - Menu

Thursday, March 10, 2011

Lelaki yang akan ditarik masuk neraka oleh wanita

Di akhirat nanti, ada 4 golongan
lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

 Lelaki itu adalah
mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah
itu. Mereka ialah :


1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

 2. Suaminya
Apabila sang suami tidak
memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki
yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim,
seperti tidak pernah lalai shalat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya.

  3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya.
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya
dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di
akhirat kelak.
 


4. Anak Lelakinya 
 Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu
berbuat kemungkaran, pengumpat,& sebagainya, maka anak itu akan
ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.
Maka kita lihat betapa hebatnya
tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.



****************************************************************************************************

Firman Allah SWT; “Hai anak adam
peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan
pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”
Harga seorang muslim adalah sangat
berharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum
muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah
tauhid), oleh kerana itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan
janji dan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita.

No comments:

Post a Comment